05 April 2018

'FEELING' DENGAN ADIK LELAKI - FASHA DITEGUR NETIZEN


Pelakon Fasha Sandha yang tampil jelita mengenakan pakaian ala Bollywood ketika menghadiri majlis sambutan hari lahir ke-31 jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri kelmarin itu sekali lagi menjadi mangsa kecaman netizen.





Ini gara-gara memuatnaik gambar terlalu mesra bersama adik lelakinya, ia mengundang rasa tidak selesa netizen.

Ekspresi wajah pelakon 'Syurga Yang Kedua' itu yang terlalu 'feeling' membuatkan orang ramai salah tafsir.

Klik untuk gambar besar


Netizen menegur dan meminta Fasha lebih sensitif serta berhati-hati ketika bergambar dengan adik lelakinya itu meskipun mereka adalah adik beradik, batas pergaulan antara mereka harus tetap dijaga.

Mungkin Fasha tidak berniat untuk mencetuskan sebarang kontroversi dan gambar tersebut tidaklah seteruk yang disangka.

Namun, harapnya Fasha dapat menerima teguran netizen dengan baik dan akan lebih berhati-hati dalam perkongsiannya selepas ini.
















www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: