05 April 2018
PENYAKIT KANSER - ELYANA AKUI MENYESAL DEDAHKAN
Dek kerana segelintir netizen yang memperlekehkan kesihatannya sejak mendedahkan keadaan kini iaitu menghidap kanser limfoma tahap empat, penyanyi dan pelakon Elyana mengakui dirinya terkilan dan tertekan.
Jelas bekas peserta Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4) itu, tekanan tersebut mula dirasai selepas dia mendedahkan penyakit yang dihidapinya tujuh tahun lalu.
"Sekarang ini stress pada pandangan orang pula. Kadang-kadang saya rasa menyesal kenapa memberitahu orang mengenai perkara ini.
"Dulu stress pasal saya kena sembunyikan sesuatu, dan sekarang pula stress bila pandangan dan persepsi orang pula.
Klik untuk gambar besar
"Maknanya hidup ini, ke kanan salah, ke kiri pun salah. Jadi kita buatlah apa yang menggembirakan kita. Kadang-kadang saya tak boleh tahan, sebab itulah saya meluahkannya di Instagram," tuturnya.
Tambahannya lagi, dia tidak pernah untuk menipu atau meraih perhatian mana-mana pihak terhadap penyakit yang dihadapinya itu.
"Saya tak suka orang anggap saya tipu, saya tak tipu. Itu yang membuatkan saya tertekan. Saya tak anggap saya sakit saya anggap ini adalah sebagai kehidupan diri saya.
"Lagipun sepanjang 7 tahun ini saya dah lali, kebal benda tersebut sudah menjadi separuh diri saya.
"Saya tak naklah sakit saya kena diam, saya tak naklah macam tu saya takut orang tak selesa. Saya jenis macam ni, bila orang tanya saya akan bercakap.
"Jadi orang anggap saya tak sakit," kata penyanyi lagu 'Kalis Rindu' yang masih lagi menjalani rawatannya seperti biasa.
www.myartis.com / Sumber: Rotikaya
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment