Masihkah anda ingat lagi berita seorang Datin yang dikenakan hukuman penjara selama lapan tahun atas kesalahan mendera pembantu rumahnya sehingga mendatangkan kecederaan yang teruk.
Berita tersebut menjadi hangat dan sejak daripada kes viral itu, ada masyarakat yang memandang negatif bahawa golongan kaya raya ini menjadikan pembantu seperti hamba abdi mereka.
Namun, tidak semua golongan kaya begitu kerana sebagai contoh pelakon Datin Paduka Eina Azman yang mesra dengan pembantu rumahnya dan melayan mereka dengan baik ibarat keluarga sendiri.
Selain anak kembar sepasangnya, Eina turut sering memuatnaik video pembantu rumahnya menerusi laman Instagram miliknya.
Klik untuk gambar besar
Baru-baru ini, Eina memuatnaik videonya bertemu dengan pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Bik Poji selepas dua bulan tidak berjumpa.
Menerusi video tersebut, Eina dilihat memeluk erat pembantu rumahnya yang kembali bertugas selepas berehat selama 2 bulan akibat serangan penyakit TB.
Namun apa yang menarik perhatian netizen ialah Eina dan suami sanggup menempah hotel selama 60 hari buat pembantu rumahnya untuk berehat kerana mengikut saranan doktor bimbang penyakit itu akan berjangkit dengan anak kembarnya.
Tindakan Eina yang memeluk erat dan melepaskan rasa rindunya terhadap pembantu rumah itu juga membuatan netizen memuji betapa baiknya hati beliau sebagai seorang majikan.
Rata-rata netizen juga mendoakan agar Eina dan suami diberkati Allah SWT dan dilimpahkan dengan rezeki serta kebahagiaan yang berpanjangan.
Sememangnya Eina boleh dijadikan contoh buat majikan lain di luar sana. Kata orang kalau kita berbuat baik sesama manusia pasti kita akan dibalas dengan kebaikan juga.
ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO
www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara
________________________
No comments:
Post a Comment