24 April 2018

BERSATUS ISTERI - SHAKILA KHORIRI ELAK PAKAI SEKSI


"Tiada yang memaksa tapi kesedaran itu datang sendiri. Kalau dulu masa solo, ikut suka hati sendiri. Apabila sudah berumah tangga, kita perlu pandai jaga diri dan penampilan.





"Suami beri lampu hijau untuk terus mencari rezeki dalam bidang seni, cuma saya harus bijak menggunakan peluang dan menjaga batas. Bukanlah bermakna selepas kahwin baru boleh berubah secara total.

"Ini kerana dulu pun saya tidak seksi, tapi perubahan ini berlaku barangkali seiring kematangan," kata pelakon Shakila Khoriri yang mengaku dia kini semakin teliti menjaga penampilan dengan mengelak pakaian mencolok mata sejak berstatus isteri.

Jelas Shakila, walaupun suaminya pernah memberi peringatan namun kesedaran tersebut sebenarnya datang daripada dirinya sendiri.

Shakila atau nama sebenarnya, Nurul Shakila Mohd Khoriri, 29 dan Fizi Ali yang juga penyampai radio menjalin percintaan selama tiga tahun sebelum diijab kabul pada 18 Februari lalu.

Klik untuk gambar besar


Berkongsi tentang kehidupan rumah tangga, pelakon drama 'Aku Bukan Bimbo' ini memberitahu suaminya cukup penyabar dan rajin memasak.

"Biasalah ada masanya perempuan cepat emosi walau berdepan perkara kecil termasuk masalah di set yang kadang-kala terbawa ke rumah. Menyedari mood saya kurang baik, Fizi membuatkan saya cepat sejuk.

"Ada saja yang dibuat termasuk menyediakan makanan kegemaran saya atau memujuk dengan jenaka Dia ringan tulang dan air tangannya memang menyelerakan," katanya.

Shakila juga berkata, dia dan Fizi menunda perancangan percutian bulan madu mereka hingga akhir tahun ini disebabkan masing-masing terikat dengan komitmen dan jadual kerja yang padat.








www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: