Menerusi beberapa entri yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya, penyanyi Elly Mazlein dilihat seakan menyindir bekas suami, pengarah Azmi Hata.

Menyebut nama Azmi secara terang-terangan, Elly membangkitkan perihal penjagaan anak serta nafkah untuk cahaya mata perempuan mereka, Putri Sara Sefhia, 2.
Menariknya, Elly yang mesra disapa sebagai Kak Lina Pom Pom ini menggunakan 'hashtag' untuk menyampaikan mesej kepada Azmi.
Klik untuk gambar besar

Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 38, berkahwin dengan Azmi pada 9 November 2014 dan mereka bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika Elly sarat hamil empat bulan.
Selepas itu, Azmi mendirikan rumah tangga dengan aktres Faye Kusairi pada 9 April 2017. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan cahaya mata lelaki. yang baru dilahirkan pada
Cahaya mata lelaki yang diberi nama Alif Azmi itu dilahirkan ketika Azmi dan Faye menyambut ulangtahun pertama perkahwinan mereka pada 9 April lalu.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
________________________

No comments:
Post a Comment