10 April 2018

DEKORASI BABY SHOWER - JEP & SARI BAKAL TIMANG 'BABY BOY'?


Ramai peminat berasa teruja dan mula berteka-teki mengenai jantina anak pasangan yang baru dinobatkan sebagai 'Couple MeleTop' di AME2018 iaitu Jep Sepahtu dan Sari Yanti.





Isteri kepada Jep itu bakal melahirkan bayi sulung mereka tidak lama lagi apabila pada bulan Mac lalu, pasangan ini mengadakan 'Baby Shower'.

Mengimbas kembali gambar-gambar ketika majlis 'Baby Shower' pasangan ini, ada yang mula membuat andaian sendiri.

Rata-rata mereka meneka Jep dan Sari bakal menimang cahaya mata sulung lelaki kerana warna dan dekorasi yang dipilih oleh Sari untuk majlis tersebut.

Klik untuk gambar besar


Mana tidaknya, warna biru dan juga dekorasi gajah merupakan simbol yang sangat sinonim dengan anak lelaki.

Selain jantina anak, peminat juga mendoakan agar segala urusan bersalin Sari berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Jep atau nama sebenarnya, Mohd Nadzri Zainal Abidin, 32, dan Sari selamat bernikah dalam sebuah majlis tertutup pada 25 Februari 2017 di Dewan Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya.

Manakala hasil perkahwinan terdahulu, Sari atau nama sebenarnya, Sari Yanti Mohamad Nazari, 34, dikurniakan dua orang anak, Barr Al Aly dan Basit Al Haq.










www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: