10 April 2018

MURAH REZEKI - INTAN LIANA KINI JADI 'PELAKON'


Alhamdulillah... tahniah kami kepada Intan Liana Saleh apabila khabarnya beliau akan jadi pelakon pula selepas menjadi model tudung Aliff by Sha keluaran usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri.





Makin murah rezeki Intan sekarang ni! Nampaknya bekas isteri kepada pemuzik bebas, Ude Wahid ini melangkah ke satu fasa baru dalam hidupnya.

Dengarnya, Intan sedang menjalani penggambaran untuk filem pendek terbitan Aliff yang berjudul 'Akur'. Katanya Jumaat ni keluar di Facebook dan saluran YouTube milik Aliff.

Wah, lepas Aliff sambar Intan untuk promosi tudung, sekarang dah ajak Intan berlakon pulak ke? Pantas Aliff buat kerja!

Klik untuk gambar besar


Apa yang penting, Aliff tak ambil kesempatan kepada Intan, cuma nak berkongsi rezeki. Dengarnya filem pendek ini merupakan salah satu kempen promosi untuk tudung Aliff juga.

Tak salah jika Intan menjejakkan kaki dalam bidang hiburan kan? Asalkan tahu batas dan menetapkan niat untuk mencari rezeki demi keperluan anak-anak.

Namapknya tak sabar nak tengok lakonan Intan. Kalau berbakat, mana tahu boleh jadi heroin baru slot Megadrama ke? Siapa sangka siapa menduga, kan?














www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: