10 April 2018

NABIL DEDAH PEMINAT AJAK 'BERSAMA' DI HOTEL


"Saya berasa terkejut apabila ada peminat yang sanggup berbuat demikian. Tidak dinafikan terdapat peminat yang menginginkan saya memberi perkhidmatan seks tanpa had di hotel mewah," jelas Nabil Ahmad yang diuji dengan tawaran untuk hubungan intim namun terlebih dahulu ditapis isterinya.





Menurut Nabil lagi, mesej tersebut diperoleh isterinya di Instagram dan bagi Nabil, dia sendiri memberi kepercayaan kepada cinta hatinya itu untuk memantau akaun laman sosialnya itu.

Sementara itu, pelawak, pelakon dan juga pengacara itu mengakui sangat menyayangi keluarganya dan rumahtangga yang dibinanya.

Klik untuk gambar besar


"Saya memang terkejut kerana ada peminat wanita fanatik yang bertudung sanggup meminta perkara yang melampau seperti itu.

"Saya juga meminta isteri memberi nasihat pada wanita itu supaya bertaubat dari perbuatannya itu dan kembali ke jalan diredai Allah.

"Saya sangat sayangkan isteri, anak-anak dan rumah tangga kami. Sebab itu, saya akan berusaha menjauhkan diri dari perkara yang boleh menjejaskan kebahagiaan rumah tangga kami," kongsinya.










www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: