11 April 2018

DITEGUR PAKAIAN SEKSI - NABILA HUDA RASA BENGANG


Baru-baru ini, Nabila Huda telah ditegur seorang peminat yang mengatakan dunia sudah akhir zaman selepas melihat pelakon itu berpakaian menjolok mata di malam AME 2018.





Teguran itu seterusnya mencetuskan kemarahan Nabila yang meminta individu tersebut berhenti bermain sosial media serta mengintai dirinya di laman sosial jika sudah tahu dunia akhir zaman.

Tambahnya anak kepada penyanyi Amy Search itu, individu tersebut sepatutnya tidak menyalahgunakan sosial media dengan menambahkan dosa.

Klik untuk gambar besar


Pedas sungguh kata-kata Nabila 'berceramah' kepada peminatnya itu. Jarang kita lihat Nabila meletop sebegini kerana isu ini sudah dilaluinya sejak dari dulu lagi.

Bagaimanapun, dimaklumkan individu tersebut telah memadamkan komen tersebut di laman sosial.

Tidak salah untuk menegur, tapi mungkin ada cara yang lebih sesuai. Ada orang lebih terkesan dengan kata-kata nasihat yang lembut, berbanding dengan provokasi seperti ini, apatah lagi terbuka di laman sosial.






www.myartis.com / Sumber: Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: