11 April 2018

"AIMAN BERJAYA ATAS USAHA & IZIN ALLAH" - HERMAN TINO


"Tidak dinafikan kehadiran Aiman Tino mencetuskan fenomena baru dalam kalangan peminat. Tambahan pula lagunya kena dengan selera peminat sekarang membuatkan dia cepat dikenali ramai.





"Disebabkan itu, saya disuruh menuntut royalti daripada pihak Aiman tetapi saya tidak ambil peduli kerana merasakan tidak perlu berbuat demikian.

"Pada saya Aiman dikenali ramai dan berjaya atas usahanya sendiri dan atas keizinan Allah. Kalau Allah tidak setuju, ia pasti takkan berlaku," kata penyanyi popular era 1980-an dengan lagu genre Melayu deli, Herman Tino.

Herman mendedahkan dia pernah disaran oleh beberapa pihak agar meminta royalti daripada penyanyi remaja tersebut yang didakwa menumpang popularitinya.

Perkara itu timbul apabila Aiman atau nama sebenarnya Mohd Aiman Yusri, 19, menggunakan nama samaran Aiman Tino berjaya meraih populariti sekaligus mencipta fenomena.

Klik untuk gambar besar


Lantaran, penyanyi yang popular dengan lagu 'Ku Rela Dibenci' itu dianggap mencari populariti mudah di kalangan peminat.

Dedah Herman lagi, isterinya, Noraini Ibnu turut mengutarakan soalan sama sehingga dia buntu bagaimana mahu memberikan penjelasan.

"Disebabkan dia sangat popular dan menggunakan nama Tino, ramai berteka-teki dan cuba mengaitkan kami. Daripada situ tercetus pelbagai spekulasi sehingga ada yang menyangka Aiman anak luar nikah saya," ujarnya.

Pertemuan berlangsung awal Januari lalu di Shah Alam, diatur oleh ibu bapa Aiman Tino selepas dua penyanyi popular terbabit meluahkan hasrat berjumpa dan ia berjaya meleraikan segala persoalan yang bermain di fikiran ramai pihak.


www.myartis.com / Sumber: Malaysian Digest


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: