12 April 2018

"MEREKA NAK LIHAT 'JATUH' DALAM INDUSTRI" - NEELOFA


Semua mengetahui mengenai kejadian dimana pelakon dan pengacara Noor Neelofa hampir terjatuh ketika persembahan sketsa dengan pelakon Zul Ariffin di malam Anugerah Meletop Era 2018.





Kejadian tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila melihat aksi Neelofa berpaut pada Zul ketika hampir tersungkur.

Ada yang merasa teruja dengan kejadian itu terutamanya peminat-peminat yang sudah tidak sabar menantikan tayangan drama gandingan mereka berdua 'Ti Amo, Sweetheart 100 Hari',

Dalam masa sama, ada juga yang agak sadis menyatakan mereka berharap Zul tiada di situ dan Neelofa tidak diselamatkan sesiapa supaya Neelofa jatuh tersungkur pada malam itu.

Klik untuk gambar besar


Menerusi Sinar Harian, Neelofa memberiatahu yang beliau sedar dengan komen sebegitu dan berkata mereka bukan sahaja mahu melihat dia tersungkur pada malam itu, malah mereka mahu melihatnya jatuh tersungkur dalam industri.

"Saya rasa mereka bukan nak lihat saya jatuh tersungkur sahaja, tapi 'jatuh' dalam erti kata lain iaitu jatuh dalam industri. Namun ia tidak jadi kenyataan dan mungkin sebab itu mereka rasa lebih tak puas hati," katanya.

Neelofa juga tidak mempedulikan beberapa komen/tweets yang mempersenda pakaian yang dikenakannya untuk mengacara malam itu.



"Dan bukan senang sebenarnya pereka fesyen nak dapatkan idea untuk reka pakaian yang ini dengan fesyen masa kini.

"Tapi bagi saya apa yang paling penting saya berpuas hati dengan pakaian yang saya pakai dan apa yang orang hendak cakap terpulanglah," ujarnya.

Pada malam AME 2018 itu, Neelofa telah menang beberapa kategori yang merupakan anugerah yang diberikan atas majoriti undi peminat yang diterima.






www.myartis.com / Sumber: Sinar Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: