12 April 2018

RAP DALAM 'KELUARKAN AKU' - FATHIA TERIMA PUJIAN


Pelakon Fathia Latiff yang sebelum ini terpalit dengan kontroversi hangat telah tampil dengan single sulung yang berjudul 'Keluarkan Aku' yang dimuatniak di Youtube pada 7 April lalu.





Lagu tersebut adalah hasil ciptaan DJ Fuzz dan wawa, manakala liriknya ditulis oleh W.A.R.I.S baru saja di lancarkan empat hari lalu di YouTube.

Klip video tersebut kini mencecah 68,861 tontonan sejak ia dimuatnaik. Ramai yang memuji kemerduan suara Fathia dan terkejut dengan kebolehan Fathia menyanyikan lagu Rap.

Klik untuk gambar besar


Selepas diamati lirik lagu tersebut, netizen meneka lagu tersebut mengisahkan tentang diri Fathia yang sebelum ini tersalah memilih kawan yang akhirnya menjerat diri.

Fathia yang sering mendapat kecaman netizen itu sejak kebelakangan ini, dilihat lebih berhati-hati untuk lebih terbuka di media sosial.

pelakon 'Ariana Rose' itu kini lebih gemar merakamkan semula lagu cover. Rata-rata peminat memuji suaranya yang sangat merdu.












ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO


www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Youtube


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: