12 April 2018

ISU TATU SUAMI: "ASAL MAT SALEH, APA MASALAH?" - LANA NODIN


"Kenapa kalau nampak tatu tu? Ada masalah? Lain kali kalau tidak tahu asal usul jangan nak komen apa-apa yang akan menimbulkan kemarahan orang lain.





"Dia asal Mat Saleh, tatu bukan benda pelik untuk dia orang, sebelum kenal pun dah ada jadi apa masalahnya?

"Lebih baik pelik dengan ramai orang Islam yang ada tatu zaman sekarang ni!" tulis pelakon Lana Nodin yang membidas teguran netizan yang mempersoalkan tatu di lengan suaminya, David McKienzie atau nama Islamnya Mohd Daud McKienzie.

Lana berkata, perkara tersebut bukan sesuatu yang menghairankan berikutan suaminya itu memeluk agama agama Islam sebelum mereka berkahwin pada 2015.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Lana di laman Instagram pada Selasa, suami pelakon filem 'Biasan' itu sedang mengajar anak sulung mereka tentang warna.

Klik untuk gambar besar


Sehingga kini, video itu mendapat perhatian netizen dengan hampir 100,000 tontonan dan lebih 100 komen pengikut laman sosialnya.

Bagaimanapun, rata-rata netizen menyokong penjelasan Lana dan meminta aktres berkenaan tidak melayan komen negatif tersebut. Mereka juga beranggapan komen tersebut berbaur cemburu dengan kebahagiaan pasangan terbabit.

Untuk makluman, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin dan Mohd Daud yang juga rakyat Amerika Syarikat berkahwin pada 15 Mei 2015.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan Gia Quinn McKienzie yang kini berusia 2 tahun.












www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: