12 April 2018

TOLAK BERLAKON DENGAN AWIE - SAJAT TAK KISAH WATAK APA


"Tawaran berlakon itu masih lagi ada. Misalnya beberapa bulan lalu dapat tawaran berlakon filem dengan Datuk Awie. Kiranya dalam filem tersebut peranan saya adalah sebagai orang kanan kepada Awie.





"Difahamkan, penggambaran berjalan di Pulau Pinang. Jadi saya terpaksalah tolak memandangkan perlu beri fokus pada perniagaan," kata jutawan kosmetik, Nur sajat yang mengakui sebelum ini dia ada menerima beberapa tawaran lakonan.

Bagaimanapun, penyanyi lagu 'Makhluk Penggoda' itu terpaksa menolak dengan cara baik tawaran lakonan yang diberikan kerana mahu memberi fokus terhadap perniagaan.

Katanya, pada waktu itu, dia yang baru sahaja muncul dalam program realiti menerusi portal Tonton, Nur Sajat Rated Extra, itu sedang sibuk membangunkan kedai emas, Nur sajat Gold.

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, Sajat pernah membuat pernampilan khas di dalam drama rantaian, 'My Coffee Prince' dan pernah terlibat menerusi filem Ophilia beberapa tahun lalu.

Ditanya sama ada dia menyesal kerana menolak tawaran tersebut, Sajat memberitahu dia lebih mahu memberi tumpuan kepada perniagaan, meski watak yang diberikan cukup menarik perhatiannya.

"Saya tidak kisah untuk memegang apa-apa watak. Cumanya itulah... tak dapat berlakon di dalam filem itu sebab ia turut dibarisi dengan pelakon hebat lain selain ia aksi dan wataknya pun berkarektor," ujarnya.








ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO


www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: