14 April 2018

ISTERI SELAMAT BERSALIN - DAZRIN TIMANG 'BABY BOY'


"Alhamdulillah... Saya dan isteri selamat menyambut cahaya mata sulung, pagi tadi (13 April 2018), dan menamakannya Dasuki bin Dazrin.





"Saya nak mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada seluruh staf hospital yang membantu proses kelahiran anak lelaki kami.

"Pengalaman yang diraih oleh saya dan isteri begitu berharga dan akan kami pegang hingga ke jannah. Insya-Allah... Terima kasih semua," kongsi pelakon Dazrin Kamarudin di akaun Instagramnya.

Dazrin, 30, dan isterinya, Nur Fazulin Razali, 33, selamat menyambut kelahiran anak lelaki di sebuah hospital swasta di ibu kota pada jam 5.45 pagi semalam.

Klik untuk gambar besar


Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Dazrin menerusi video berdurasi pendek di akaun Instagramnya semalam.

"Assalamualaikum semua, saya bersama isteri tercinta telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 5:45 pagi yang diberi nama Dasuki Dazrin," ujarnya.

Sebelum ini, bintang 'Love You Mr Arang' itu turut berkongsi detik indah saat menantikan kelahiran cahaya mata mereka di media sosial, sejak beberapa hari lalu.



Dalam pada itu, ruangan komen entri tersebut juga dihujani dengan ucapan tahniah dan peminat menyatakan rasa tidak sabar untuk melihat wajah Dasuki.

Pelakon filem 'Rentaz' dan 'Apokalips X' itu sebelum ini pernah mengumumkan, bayi mereka dijangka dilahirkan pada 18 April ini.

Untuk makluman, Dazrin dan isterinya yang merupakan seorang ketua pramugari sebuah syarikat penerbangan itu berkahwin pada 6 Mei 2017 di Melaka.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: