14 April 2018

ISU ZOUK - NEELOFA KENA 'PERLI' DI BIILBOARD


Isu Zouk yang sudah hampir sebulan berlalu itu nampaknya sehingga kini masih menjadi bualan ramai netizen yang tidak berhenti mencari salah silap pelakon dan pengacara Noor Neelofa.





Terbaru, nama Neelofa hangat diperkatakan kembali selepas isu Zouk tersebut muncul di papan iklan gergasi (billboard) yang memaparkan kenyataan berbaur sindiran.

Iklan billboard itu yang dimiliki oleh sebuah syarikat tempatan iaitu JenamaSendiri.com dilihat mengambil kesempatan dari isu kontroversi Neelofa untuk mempromosikan jenamanya.

Papan iklan tersebut di pasang di tepi Lebuhraya Persekutuan KL-Selangor dan dengan jelas menggunakan nama Lofa iaitu nama panggilan Neelofa.

Klik untuk gambra besar


"Dear Lofa, Sesungguhnya Zoo Lagi Mulia Dari Zouk. Dakwah ikhlas dari Jenama Sendiri.com. Kilang Kosmetik," demikian kenyataan yang tertera di papan Billboard.

Seorang netizen kongsikan gambar papan tanda itu beserta persoalan sama ada syarikat tersebut ada melakukan kerjasama bersama Neelofa sehingga sanggup menggunakan nama usahawan tersebut.

Walaupun isu tersebut sudah lama reda malah Neelofa pun sudah meminta maaf dan mengaku kekhilafannya namun nampaknya masih ada pihak yang tidak berpuas hati dan seolah-olah sengaja mahu 'memanaskan' kembali perkara itu.

Tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu mengundang kemarahan sebilangan besar pengikut dan peminat aktres jelita itu. Namun pendekatan iklan yang digunakan itu tetap dianggap melampau dan terkutuk.



Apakah sebenarnya yang mereka cuba sampaikan dari Billboard ini? Syarikat ini seolah-olah mengambil kesempatan dari isu kontroversi majlis pelancaran koleksi tudung baharu Be Lofa di Zouk sebagai strategi pemasaran mempromosikan syarikat mereka.

Lazimnya kita sering lihat Billboard atau papan tanda iklan akan memaparkan iklan produk ataupun visual kempen kesedaran.

Bagi kami, papan tanda selayaknya dijadikan salah satu alat komunikasi untuk menerangkan kepada pengguna bukannya mengaibkan mana-mana nama pihak tertentu.

Apa yang menjadi persoalan, bagaimana billboard ini boleh diluluskan oleh pihak berkuasa. Sehingga kini masih tiada penjelasan dari pihak Neelofa mahupun syarikat tersebut. Apapun, kita nanti saja.




www.myartis.com / Sumber: Hangat.com


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: