18 April 2018

ISU 'BABY BUMP' - FAZURA NAFI BERBADAN DUA


"Ia bukan 'baby bump', sebaliknya hanya biasan kain yang saya pakai. Mungkin rekaan dan material yang digunakan menampakkan seolah-olah saya sedang hamil.





"Untuk gambaran lebih jelas, boleh lihat sendiri video yang dimuatnaik di akaun Instagram kelab peminat saya, @fazbulouswarriors," ujar pelakon dan penyanyi Nur Fazura, 34, yang menepis dakwaan beliau kini berbadan dua.

Fazura diminta mengulas selepas sekeping gambar yang dikatakan menampakkan perubahan pada bahagian perutnya ketika menghadiri sebuah acara pertunjukan fesyen, baru-baru ini, menjadi tular.

Gambar yang dimuatnaik oleh aktres berkenaan beberapa hari lalu itu mendapat komen positif pengikut dan netizen, yang rata-rata gembira dengan perkembangan terbarunya itu.

Kata pelakon 'J Revolusi' itu lagi, beliau juga takkan berahsia mengenai kehamilan kerana baginya, perkara yang baik harus dikongsi bersama.

Klik untuk gambar besar


"Apa pun, saya bersyukur di atas doa anda semua. Insya-Allah, jika ada khabar gembira, pasti akan saya kongsi pada masa paling sesuai," katanya yang berada di Jakarta, Indonesia, atas urusan kerja.

Sebelum ini, isteri kepada Fattah Amin, 27, ini juga pernah dikatakan mengandung apabila mengatakan beliau mengidam selepas ditegur makan dalam kuantiti yang banyak, seperti dipaparkan dalam sebuah rakaman video.

Penyanyi 'Bisa Ap'a ini bagaimanapun menafikan perkara itu sambil menjelaskan, beliau sekadar bergurau apabila menggunakan perkataan 'mengidam'.

Untuk makluman, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November tahun lalu selepas dipertemukan dalam drama bersiri, 'Hero Seorang Cinderella'.








www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: