18 April 2018

TAHNIAH - DIDIE ALIAS TIMANG CUCU SULUNG, LELAKI


Menerusi laman Instagram selebriti serba boleh, Didie Alias telah memberitahu khabar gembira dimana dirinya itu kini bergelar nenek apabila anak sulungnya, Nur Dhaniyah Md Ridzuan selamat melahirkan bayi lelaki pada 14 April lalu.





"Alhamdullillah tambah lg keturunan Mumy #NannyD #babySS," tulis pelakon yang menerima jolokan Lady Gaga Malaysia ini.

Bayi lelaki yang dilahirkan secara normal dengan berat 3.6kg ini merupakan cahaya mata pertama kepada anak perempuan Didie.

Untuk makluman, Dhaniyah mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Mohd Razishahriman Sabari pada 8 Ogos 2015.

Klik untuk gambar besar


Rata-rata peminat dan pengikut Didie turut berkongsi kegembiraan tersebut dan turut mengucapkan tahniah buat Didie.

Didie dikurniakan lima anak hasil perkahwinan terdahulu dengan pelakon Ridzuan Hashim yang terdiri daripada Dhaniyah, Muhammad Daniel, Nur Dania, Nur Diyana dan Nur Dayini.

Sementara menerusi perkahwinan kedua bersama Norisham pula, Didie dikurniakan anak lelaki, Muhammad Dayyan.










www.myartis.com / Sumber: Malaysian Digest, Didie Alias IG & Nur Dhaniyah IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: