03 April 2018

RINDU BERLAKON - FATHIA KRITIK STESEN TV TERSOHOR?


Pelakon Fathia Latiff menerusi laman Twitternya telah meluahkan rasa rindu untuk berlakon selepas tidak menerima tawaran lakonan sejak kontroversi tarian ghairah di 'Bigo Live' dengan pelakon Natasha Elyzza.





Kontroversi hangat tersebut menyebabkan pelakon drama bersiri 'Ariana Rose' itu dikecam hebat oleh netizen.

Susulan kontroversi itu juga, Natasha telah enam bulan tidak menerima sebarang tawaran lakonan sehingga merayu untuk diberikan peluang terakhir bagi menceburi bidang lakonan semula.

Tweet itu menyebabkan netizen mempersoalkan sama ada benar pelakon yang bakal mengeluarkan single tidak lama lagi itu sudah tidak menerima tawaran berlakon.

Fathia seterusnya mengkritik sebuah stesen televisyen tersohor, menyatakan dia tidak kisah digam oleh stesen tersebut.

Klik untk gambar besar


Dia turut mendakwa dilayan seperti sampah oleh krew belakang pentas Sepahtu Reunion dalam satu kes viral yang menyebabkan kemunculannya di rancangan itu digantikan oleh pelakon Siti Elizad.

Fathia sebelum ini pernah membuat kenyataan meminta agar dirinya tidak dikaitkan lagi dengan kontroversi 'Bigo Live'.

Dalam masa sama, pelakon berusia 30 tahu itu turut mengakui ianya satu kesilapan dan meminta mereka yang masih menyimpan video rakaman siaran langsung tersebut untuk memadam rakaman tersebut.

Malah, walaupun pernah rapat, Fathia dan Natasha dikatakan tidak lagi berhubung antara satu sama lain semenjak kontroversi tersebut.








www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: