03 April 2018

TAK HEBOH STATUS 'DATIN' - FOUZIAH GOUS TERIMA PUJIAN


Menerusi Instastory miliknya semalam, pelakon Fouziah Gous telah berkongsi beberapa momen-momen indah beliau bersama suaminya, Zhafran Yusof yang baru sahaja menerima anugerah bagi pencapaian beliau di dalam bidang perniagaan.





Melihat pada gambars sekitar majlis anugerah tersebut, terpancar kegembiraan Fouziah yang kini juga sibuk bergelar usahawan dengan menjalankan perniagaan.

Namun apa yang menariknya, status suaminya yang baru sahaja bergelar Datuk dan ia secara tidak langsung membuatkan Fouziah bertukar status iaitu bergelar Datin.

Klik untuk gambar besar


Tapi sikap Fouziah dipuji peminat apabila beliau bersikap rendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk dengan gelaran yang baru diterima.

Tahniah diucapkan kepada Fouziah dan suami diatas anugerah dan gelaran Datuk yang diterima semalam. Semakin ramai gelaran Datuk di Malaysia, sampai tidak menang tangan nak mengira!






www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: