03 April 2018

SELAMAT BERSALIN - YATT HAMZAH TIMANG BABY GIRL KETIGA


Tahniah kami ucapkan kepada Yatt Hamzah yang telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga yang juga seorang perempuan kelmarin (1 April 2018).





Difahamkan, bayi perempuan seberat 3.33 kilogram (kg) itu dilahirkan pada jam 12.10 tengah hari di sebuah pusat perubatan iaitu Hospital Naluri.

Yatt yang berkongsi berita gembira menerusi laman Instagram miliknya itu memberitahu, dia dan anaknya berada dalam keadaan baik.

"Kami sekeluarga menzahirkan rasa syukur atas kelahiran puteri kami yang ketiga ini. Jutaan terima kasih atas doa dan sokongan semua terutama keluarga, rakan dan pihak yang mendoakan termasuk pengikut media sosial," luahnya.

Klik untuk gambar besar


Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah itu berharap anaknya hasil perkahwinan dengan juruvideo, Mohammad Zulfadhli Khairuddin ini membesar menjadi insan yang baik.

"Mohon doakan agar anak ini jadi seorang mujahidah yang solehah dan hafizah al-Quran. Semoga dia menjadi hambaNya yang faqih lagi muttaqin," katanya.

Untuk makluman, Yatt bernikah dengan Zulfadhli pada 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Suci Humaira Iqlima dan bayi yang baru dilahirkannya ini.

Daripada perkahwinan lalu, Yatt memiliki seorang anak perempuan bernama Suci Hanania Malika.








www.myartis.com / Sumber: Yatt Hamzah IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: