27 April 2018

SARI YANTI SELAMAT BERSALIN - JEP SEPAHTU BERGELAR BAPA


Tahniah kami ucapkan kepada Jep Sepahtu yang telah bergelar bapa apabila isteri, pelakon Sari Yanti selamat melahirkan anak sulung mereka kelmarin.





Perkara tersebut dikongsikan di beberapa akaun laman sosial termasuklah Sinar FM yang juga merupakan lokasi Jep ke udara setiap pagi.

Melalui gambar yang dimuatnaik itu juga, Jep dan Sari sempat menyampaikan rasa terima kasih tidak terhingga buat peminat yang tidak henti-henti mendoakan agar segala urusan mereka berjalan dengan lancar.

Klik untuk gambar besar


Untuk pengetahuan anda, bayi mereka berkongsi tarikh lahir yang sama dengan rakan pelawak serta konti Jep iaitu Rahim.

Pastinya, ramai yang tidak sabar ingin melihat wajah bayi pasangan yang bernikah pada 25 Februari 2017.

Apa pun, semoga semoga kehadiran 'orang baru' dalam kehidupan Jep dan Sari akan menambah lagi seri dan dilimpahi dengan rezeki.










www.myartis.com / Sumber: Sinar FM IG & Jep Sepahtu IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: