26 April 2018

KONGSI KEPADA 3 INDIVIDU - ZUL AKUI ZAHIRAH TIADA KATA LALUAN


"Saya berkongsi kata laluan dengan tidak lebih daripada tiga individu yang saya percayai dan mereka perlu ada kata laluan IG saya untuk membantu jika berlaku perkara tidak diingini.





"Akaun saya bukan kali pertama digodam tetapi sudah berkali-kali. Tapi dia (Zahirah) tidak ada kata laluan saya," ujar pelakon Zul Ariffin yang menjelaskan tidak lebih tiga individu memiliki kata laluan untuk akaun Instagram peribadinya.

Bagaimanapun katanya, tiga individu tersebut tidak termasuk bekas kekasihnya iaitu pelakon Zahirah MacWilson.

Awal minggu lalu Instagram pelakon filem J Revolusi itu dipeercayai digodam individu tidak bertanggungjawab yang memuatnaik foto alat sulit lelaki. Namun, foto tersebut dipadam dalam tempoh dua minit selepas ia dikongsi kepada umum.

Klik untuk gambar besar


Zul menambah, dia akan lebih berhati-hati dan akan kerap menukar kata laluan media sosialnya bagi mengelakkan perkara seperti itu berulang kembali.

"Sedikit sebanyak perkara ini buat saya dipandang serong masyarakat, saya belajar dan lepas ni kena selalu tukar kata laluan," katanya.

Sementara itu, pelakon yang baharu sahaja mengumumkan putus cinta ini mengakui kehidupannya kini lebih gembira.



Katanya, dia bebas bergandingan dengan siapa sahaja tanpa meminta izin daripada pihak berkenaan bagi menjaga hati.

"Gembira, ya sangat gembira sekarang. Saya inginkan masa untuk diri saya sendiri. Tiada apa yang ingin difikirkan hanya kerja dan menyibukkan diri.

"Saya juga tidak perlu minta kebenaran untuk bergandingan dengan sesiapa sahaja," tuturnya ketika ditemui selepas majlis pertunjukan fesyen koleksi raya Primavallet yang diadakan di Hotel Majestic.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: