26 April 2018

ISU SOLAT DALAM KERETA: "KERANA ALLAH BUKAN MANUSIA" - FATHIA


Selepas sering terpalit dengan kontroversi hangat, pelakon Fathia Latiff sejak kebelakangan ini dilihat lebih berhati-hati lebih-lebih lagi untuk memuatnaik gambar dan status di media sosial.





Boleh dikatakan kesilapan lalu banyak mengajar pelakon 'Ariana Rose' itu untuk menjadi lebih baik.

Namun baru-baru ini, viral di media sosial video Fathia mendirikan solat di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke pertunjukan fesyen Primavallet yang diadakan di Hotel Majestic, semalam.

Video solat itu dimuatnaik menerusi laman Instagram oleh rakannya iaitu penggaya rambut Ridzokumura pada petang semalam.

Menerusi video tersebut, rakannya itu memuji Fathia yang tidak meninggalkan solat dan masih menunaikan kewajipan sebagai umat Islam walaupun di dalam kereta.

Klik untuk gambar besar


Difahamkan, ketika itu, waktu solat hampir tamat dan pelakon yang kini bergelar penyanyi itu segera menunaikan solat.

Seperti biasa ada saja mulut-mulut netizen yang merasakan tindakan Fathia itu tidak betul kerana menunaikan solat di dalam kereta yang sedang bergerak dan mengenakan solekan tebal.

Namun, ada juga yang memuji Fathia kerana tidak meninggalkan solat dan masih menunaikan solat di dalam kereta kerana Islam agama yang sangat mudah.

Fathia ketika diminta mengulas isu itu menjelaskan solat yang dilakukan di dalam kereta adalah urusannya dengan Allah.



Fathia atau nama penuhnya Nur Fathia Abdul Latiff, 30, berkata, dia juga tidak menyedari perbuatan itu dirakamkan oleh rakannya.

"Saya kerjakan solat kerana Allah bukan kerana manusia. Maaf saya tidak tahu aksi saya dirakam," ujarnya.

Melakukan solat fardu dalam kenderaan dibolehkan dengan syarat seseorang itu benar-benar berhadapan dengan kesukaran iaitu kegagalan mencari tempat bersesuaian menunaikan solat selain perlu menghadap kiblat dan dalam keadaan berwuduk.

Namun jika tidak dapat menghadap kiblat atas sebab-sebab tertentu, maka seseorang itu perlu meyakini telah menghadap ke arah kiblat.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: