26 April 2018

LUAH RASA BERANG - CHEF WAN TIDAK GENTAR BERJUANG


"Saya ini ada sejarah phaedophile or i did something to my grandchildren for him to demand such a law in my home?





"I think anjing ni is a sick man in his head to think i would do such a thing! I am so disgusted by his attitude towards me," antara kata-kata Chef Wan menerusi laman Instagramnya.

Susulan isu anak perempuan, pelakon Serina Redzuawan yang bakal dipenjarakan, Chef Wan tidak dapat menahan amarahnya lagi dan mendakwa bekas menantunya, Gavin Edward O'Luanaigh seorang yang biadap dan hipokrit semata-mata untuk menutup kesalahan beliau sendiri.

Chef Wan juga berang dan mempersoalkan tindakan Gavin yang memerintah anak-anaknya tidak boleh tidur bersama datuk mereka sendiri sedangkan daripada kecil beliau banyak membantu serta menjaga kebajikan cucu-cucunya iaitu Tristan Tareef dan Isabella Safiyya.

Klik untuk gambar besar


"All these years if there anything the whole country see how good i am when looking after my grandchildren. This bastard is totally ungrateful and cuba bermain kotor pulak. Dia lupa Allah is watching everything," tulisnya.

Tidak gentar dengan segala tindakan Gavin, Chef Wan akan menyerahkan hal tersebut kepada peguamnya dan akan berjuang habis-habisan untuk mempertahankan maruah keluarganya yang dilempar dengan pelbagai fitnah.

"Cuba la proof di court esok if i had done something tak elok to my cucu2 and i challenge him! Gila nak fitnah dan memalu kan saya sampai begitu sekali asal kan dapat membukti kan Rina tu konon nya is not a responsible mother!



"I think he is desperate now to proof he is the best father la kot!🤣 Dah murtad, hipocrite bersongkok!😜," tuturnya.

Mungkin ada netizen yang berpendapat Chef Wan terlalu lantang bersuara, tetapi bapa mana yang sanggup melihat anak perempuan mereka dalam kesusahan dan dihimpit pula dengan pelbagai tuduhan.

Semoga isu ini dapat diselesaikan dan keadilan dapat ditegakkan, kesian kepada dua orang kanak-kanak yang masih belum mengerti apa yang berlaku.








www.myartis.com / Sumber: Chef Wan IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: