26 April 2018
KERANA CEDERA KAKI - UMMI NAZEERA TAHU DIRINYA HAMIL
Pelakon Ummi Nazeera mengakui tidak mengetahui bahawa dirinya berbadan dua sehinggalah dia mendapatkan rawatan di klinik kerana mengalami kecederaan di kaki ketika menjalani pengambaran filem terbaru Gol & Gincu Vol 2.
Doktor yang merawatnya memberitahu kakinya perlu menjalani imbasan sinar X dan sebelum itu doktor berkenaan bertanya sama ada dia hamil atau tidak.
Setelah sembilan bulan mendirikan rumah tangga, akhirnya Ummi dan suami bakal menimang cahaya mata sulung selepas aktres berusia 28 tahun itu disahkan hamil empat bulan.
"Ketika penggambaran Gol & Gincu, saya mengalami kecederaan di kaki. Kemudian saya ke klinik rakan suami saya. Doktor yang merawat saya itu bertanya kepada saya mengandung atau tidak sebelum melakukan imbasan tersebut.
Klik untuk gambar besar
"Kemudian saya menjalani ujian kehamilan terlebih dahulu tetapi hasil keputusan ketika itu masih samar. Selepas ujian yang kedua dibuat, barulah saya mendapat keputusan yang tepat.
"Alhamdulillah saya hamil. Saya dan suami bersyukur kerana dikurniakan rezeki zuriat," kata Ummi yang bernikah dengan Dr. Mohd. Izzar Anwari Dato' Sri Abdul Khani, 30, dalam sebuah majlis tertutup pada 23 Julai tahun lalu.
Tahniah kami ucapkan tahniah kepada Ummi atau nama penuhnya, Ummi Nazeera Nur Hidayah dan suami. Semoga bayi di dalam kandungan membesar dengan sihat.
www.myartis.com / Sumber: Malaysian Digest
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment