25 April 2018

SALAH GUNA MEDIA SOSIAL - FATHIA LATIFF DIPANGGIL SKMM


Bagi membantu siasatan berkaitan salah guna akaun media sosial, pelakon Fathia Latiff diminta tampil memberi keterangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).





Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 30, disyaki telah menyalahi seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Pelakon 'Ariana Rose' itu mendedahkan notis yang dihantar kepadanya di akaun Instagram pada Selasa.

Klik untuk gambar besar


"Saya mahu semua orang tahu apa yang telah mereka lakukan kepada saya. Saya sudah padam Twitter yang lama tidak kemas kini," tulisnya.

Fathia sebelum ini lantang memberi pandangan peribadinya di media sosial yang menimbulkan perbalahan dalam kalangan netizen.

Pelakon ini juga sering mencetuskan kontroversi melalui posting yang dimuatnaiknya di laman sosial yang menjadi perhatian masyarakat.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: