25 April 2018

BAKAL DIPENJARA: "WAH... HEBATNYA PERMAINAN LEBAI GAVIN" - SERINA


Berikutan bekas suaminya, Gavin Edward O’Luanaigh memfailkan notis tunjuk sebab berhubung pelanggaran perintah persetujuan bersama, pelakon Serina Redzuawan bakal berdepan dengan hukuman penjara.





Gavin atau nama Islamnya, Salahudin Ghaffar, 41, memfailkan permohonan ex parte (sebelah pihak) pada 17 April lalu.

Peguam Syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Gavin dalam prosiding itu di Mahkamah Tinggi Syariah berhujah, banyak pelanggaran didakwa dilakukan Serina.

"Serina telah melanggar perintah persetujuan apabila membenarkan anak mereka, Tristan Tareef O'luanaigh, 7 tahun dan Isabella Safiyya O'luanaigh, 6 tahun bermalam sebilik dengan Chef Wan di kediaman bekas bapa mertuanya itu pada 3 Disember lalu.

"Dalam perenggan yang dipersetujui itu juga menyatakan anak-anak tersebut harus tidur bilik berasingan daripada Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail," katanya.

Klik untuk gambar besar


Menurutnya, Serina juga didakwa telah melanggar perenggan lapan perintah persetujuan bersama yang menghalang daripada memburukkan pemohon, Gavin dan anak-anak.

Dalam perkembangan lain, menerusi entri terbaru di laman Instagram Serina, pelakon itu memberikan komen mengenai apa yang terjadi keatasnya.

"Wahh.. Hebatnya permainan Lebai Gavin, buat tuduhan I langgar perintah hanya kerana benarkan anak-anak tidur sebilik dengan Papa I?

"Dimana logiknya seorang Atuk tak boleh tidur sebilik dengan cucu-cucu dan mereka ni masih kecil. Lainlah kalau Isabella tu dah anak dara sunti umur dah belasan tahun.



"Lebih pelik perjanjian tu ikat my father bersama sedangkan Papa tak bersetuju apa-apa. How about Gavin yang dengan sendiri melanggar perintah mahkamah tidak berkelakuan dan hidup dengan cara bukan Islam.

"1 - Bersekedudukan dan bermesra dengan wanita bukan isteri di depan anak-anak. Sehingga ditangkap khalwat! Dah malu dan takut terus kahwin.

"Padahal dalam perintah mahkamah jelas dia kena jaga perilaku dan ikut cara Islam depan anak-anak. Apa yang you all baca ni hanyalah write up yang Gavin spin nak kan perhatian dan publisiti murahan, pandai pulak cari media!

"Perbicaraan kami belum mula pun lagi sebenarnya. Ini bukan keputusan Mahkamah ya. Takpelah Gavin kalau nak berpura-pura dan mempermainkan agama Islam Allah swt maha berkuasa you akan diberi balasan setimpal oleh Allah swt di dunia mahupun di akhirat.



"Kifarah pasti ada. Kebenaran pasti akan terungkai tidak lama lagi. Allahuakhbar!" tulis Serina panjang lebar.

Di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar Serina bersabar serta berharap agar masalah yang terjadi antara Serina dan suami segera selesai.

Serina, 35, dan Gavin, 41, mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2010 dan dikurniakan dua orang anak, Tristan dan Isabella.

Selepas dua tahun tinggal berasingan, mereka akhirnya sah bercerai talak satu pada 1 Ogos tahun lalu.

Nampaknya kemelut antara Serina bersama bekas suaminya itu semakin panas dan rumit. Apapun, kami harap ia dapat diselesaikan dengan baik.

www.myartis.com / Sumber: Astro Awani, Sinar Harian & Serina Redzuawan IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: