25 April 2018

AKAD NIKAH 'INGGERIS' SUAMI SHILA DIPERSOAL


Semua sedia maklum mengenai penyanyi Shila Amzah yang selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Haris Idraki Elias dengan sekali lafaz.





Majlis perkahwinan pasangan ini berlangsung dengan meriah sekali pada minggu lalu iaitu 19 April 2018.

Namun begitu, ada juga kata-kata yang tidak sedap didengar dari netizen apabila ada yang mempersoal mengapa menggunakan bahasa asing iaitu Bahasa Inggeris ketika lafaz akad nikah.

Klik untuk gambar besar


Menerusi video yang dikongsikan oleh penyanyi lagu 'Patah Seribu' itu di akaun Instagram miliknya, kedengaran akad nikah dijalankan dengan menggunakan bahasa Inggeris.

Seperti biasa, netizen seperti tidak menerima kelainan tersebut dan mempersoal mengapa tidak menggunakan bahasa Melayu.

Namun ada juga yang mempertahankan isu tersebut dengan mengatakan tidak salah untuk menggunakan apa saja bahasa kerana tiada dalam rukun nikah untuk menggunakan Bahasa Melayu, asalkan lafaz tersebut sah.








www.myartis.com / Sumber: Hangat.com


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: