24 April 2018
5 FOTO - UCAPAN IZREEN BUAT SUAMI SEMPENA ULANGTAHUN
Gambar-gambar sekitar bulan madu yang dikongsikan oleh pasangan Izreen Azminda dan Ude wahid di Bali, Indonesia sebelum ini hangat diperkatakan.
Terkini, Izreen sekali lagi berjaya mencuri tumpuan peminat apabila memberi ucapan ulangtahun kelahiran buat suami tercintanya yang ke-30 di laman Instagram.
Melihat pada ucapan, memang tidak dinafikan sebagai pasangan pasti sedikit sebanyak ia menyentuh perasaan.
Lebih lagi Izreen turut menyentuh agar suaminya ini terus bersabar dengan segala rintangan yang datang dan dia sebagai seorang isteri sentiasa berada di sisi suaminya.
"Buat lelaki yg aku kasihi.. Selamat Ulang Tahun Kelahiran yg ke-30... Semoga diluaskan pintu rezeki.. Dilimpahi kebahagiaan dalam kehidupan.. Diberikan kesihatan yg baik... Dan sentiasa dibawah lindunganNya..
Klik untuk gambar besar
"Hidup ini penuh dengan kejutan.. Yang tak mungkin dapat kau bayangkan.. Dan Tuhan itu adilnya pada setiap insan.. Tidak hari ini.. esok lusa Dia hadiahkan.. Apa yg perlu..cumalah kesabaran..
"Aku disini.. Akan setia sebagai peneman.. Mengakhiri seluruh kehidupan... Jika Allah masih mengizinkan... Jangan sesekali kau salahkan Tuhan.. Untuk apa yg telah Dia rencanakan..
"Kerana setiap manusia punya ujian.. Bg menguji setiap keimanan.. Lapangkan dada buang tekanan.. Agar kehidupan sentiasa aman... Selamat Hari jadi 💖" tulisnya di ruangan kapsyen Instagram.
Apa-apapun, kami doakan mereka berdua akan berkekalan dan harap-harap semuanya berjalan dengan lancar.
www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment