03 May 2018

10 GAMBAR - JEP & SARI DEDAH WAJAH 'DARIYA INARA'


Akhirnya setelah genap seminggu kelahiran, Jep Sepahtu dan Sari Yanti mendedahkan wajah bayi pertama hasil perkahwinan mereka yang merupakan seorang perempuan kepada umum.





Menerusi akaun Instagram, pasangan ini memuatnaik gambar comel bayi mereka yang diberi nama Dariya Inara yang dilahirkan pada 25 April lalu.

Rata-rata peminat memuji kecomelan serta mendoakan agar Dariya Inara membesar dengan sihat dan menjadi seorang anak yang solehah.

Klik untuk gambar besar


Untuk makluman, Dariya Inara merupakan anak pertama bagi Jep manakala bagi Sari yang ketiga. Ini kerana Sari sebelum ini dikurniakan dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu.

Sekali lagi tahniah kami ucapkan kepada Jep dan Sari. Semoga kebahagiaan keluarga mereka bertambah dengan kehadiran orang baru. Memang comel betul anak mereka berdua.


















www.myartis.com / Sumber: Jep Sepahtu IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: