02 May 2018

NIKAH DI GUDANG BERAS - RITA DEDAH DALAM BIOGRAFI


"Ketika bapa meminta senarai nama imam di sana, kami memilih jurunikah yang di bawah rumahnya ada gudang beras. Mahu bernikah di masjid, bimbang orang kenal, jadi di situ paling selamat.





"Walaupun serba kekurangan, saya berasa sangat bahagia. Disebabkan takut gambar perkahwinan kami tersebar, saya simpan dalam cakera padat. Baru sekarang saya sedia berkongsi gambar perkahwinan kami dengan semua," katanya.

Hampir sedekad menyimpan rahsia majlis pernikahannya dengan pemain bola sepak, Mohd Aidil Zafuan Abd Razak di Thailand pada 2008, pelakon berusia 42 tahun itu mendedahkan secara eksklusif perkara itu dalam biografi, 'Kerana Aku Seorang Perempuan'.

Tambahnya, foto pernikahan yang disimpan itu diambil ketika upacara akad nikah yang diadakan di sebuah gudang beras di Thailand.

Klik untuk gambar besar


Rita ditemui pada majlis pelancaran buku Kerana Aku Seorang Perempuan yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Selasa.

Kisah benar kehidupan aktres ini ditulis oleh Pengarang Pancaindera Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin.

Rita yang berkahwin dengan Aidil Zafuan pada 2008 sebelum berpisah pada 5 September 2013 itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7, yang kini bawah jagaannya.

Sementara itu, pelakon filem 'Mami Jarum' ini berkata, dia menceritakan semua kejadian yang berlaku dalam kehidupannya tanpa berselindung di buku berkenaan.



Katanya, ia bukan untuk membuka aib atau meraih simpati mana-mana pihak, sebaliknya memberi kekuatan kepada wanita yang mengalami nasib sama.

"Kisah ini dari mula sampai akhir sangat berat saya tanggung. Saya tahu ada orang lain yang berhadapan dengan kehidupan yang lebih teruk daripada saya.

"Kalau saya jujur orang marah dan kata saya raih simpati, saya tidak raih simpati sesiapa pun. Cuma saya kongsi rasa susah sangat bila ditinggalkan bertiga. Saya rasa sebelah sayap saya patah.

"Ramai yang tanya saya bagaimana nak jadi kuat, saya tidak mahu cerita banyak kali jadi saya luah semuanya dalam buku ini," tuturnya.



Dalam pada itu, penulisnya Tengku Khalidah berkata, perancangan untuk menulis buku berkaitan Rita dirangka sejak tujuh tahun lalu.

Tambahnya, dia yang mengenali pelakon tersebut sejak 20 tahun mengakui kagum dengan ketabahan wanita itu sebagai seorang yang cekal memperjuangkan nasibnya.

"Saya kenal dia sejak 20 tahun lalu dan ada bersamanya ketika dia berhadapan dengan pelbagai ujian. Dia boleh dikatakaan sebagai ikon wanita yang tabah dan semua saya tulis dari perspektif Rita sendiri.

"Tapi untuk mengelakkan mana-mana pihak terasa hati ada yang saya tidak kongsikan kepada pembaca," katanya.








www.myartis.com / Sumber: mStar & Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: