16 May 2018
6 BULAN 'TERGURIS' - IZREEN KOSONGKAN HATI MAAFKAN NETIZEN
"Kesannya cukup dalam, walaupun kontroversi bukan cerita baharu dalam hidup saya. Inilah kontroversi yang paling buruk pernah dilalui, saya puas menangis berbulan-bulan.
"Bagaimanapun, saya ikut nasihat ibu. Saya memaafkan mereka yang mencaci maki tanpa tahu keadaan sebenar walaupun hati saya benar-benar terguris.
"Saya rasa lebih tenang dan bahagia memaafkan mereka yang mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya terhadap saya dan suami," kata pelakon Izreen Azminda, 33, yang mengaku sudah mengosongkan hati dan jiwa dengan memaafkan netizen yang selama ini mengecam serta mencacinya.
Hampir enam bulan berdepan kecaman teruk selepas menikahi pemuzik, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, 30, Izreen mengaku dia kini lebih bersabar.
Klik untuk gambar besar
Izreen berkata dia bersyukur masih diberi rezeki biarpun mendakwa ada pihak cuba mencurahkan pasir dalam periuk nasinya.
Mengenai perlantikan dirinya sebagai duta produk terbabit yang dilihat cuba mengambil kesempatan terhadap kontroversi tercetus, Izreen berkata:
"Saya bertanya banyak kali kepada pengasasnya, Azura Baharudin. Ini kerana saya tidak mahu kontroversi memberi kesan kepada perniagaan mereka.
"Namun, syarikat terbabit menekankan kontroversi sudah pun berlalu, hidup perlu diteruskan. Saya tidak pernah menganggap mereka mengambil kesempatan ke atas kontroversi saya untuk melariskan produk," ujarnya.
Sebaliknya, Izreen percaya biar apa pun kontroversi melanda, andai produk yang ditawarkan bagus, ia tetap mendapat kepercayaan pengguna.
"Saya pinta kontroversi berhubung kisah saya diletakkan ketepi mulai sekarang," tuturnya yang turut ditemani Ude pada majlis pelancaran produk Magika Argan Cleansing Flakes.
www.myartis.com / Sumber: Berita Harian
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment