17 May 2018

ADIRA HAMIL LAGI - DATUK RED BAKAL TIMANG ANAK KE-8


"Alhamdulillah, rezeki Allah... Adira hamil lima bulan anak kedua kami. Kalau ikutkan anak ke lapan sayalah.

"Kira tahun ini saya dapat dua cahaya mata daripada isteri pertama dan kedua," ujar Datuk Red yang mengesahkan isteri keduanya, penyanyi Adira Suhaimi kini sedang hamil kali kedua yang berusia lima bulan.





Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu, 40, berkata, Adira dijangka akan melahirkan bayi tersebut pada September depan.

Datuk Red mengulas foto penyanyi lagu 'Ombak Rindu' itu yang dimuat naik di Instagramnya kelihatan sudah mempunyai 'baby bump'.

Dalam pada itu, Datuk Red yang diminta mengulas foto penyanyi lagu 'Ombak Rindu' itu yang dimuatnaik di Instagramnya kelihatan sudah mempunyai 'baby bump' itu berhasrat mempunyai ramai anak dan menyasarkan 20 cahaya mata.

"Saya suka anak ramai sekarang hendak masuk lapan orang, lagi 12 oranglah kalau diberi rezeki," tuturnya.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu ditanya tentang kegiatan seni penyanyi tersebut, Datuk Red berkata, dia tidak melarang selagi ia tidak memudaratkan kesihatan Adira.

"Dia masih boleh terus bekerja jika ia tidak menjejaskan kesihatannya," jelas ahli perniagaan yang berkahwin dengan Adira sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Dalam pada itu, Adira bersyukur tidak mengalami alahan teruk, malah rutin hariannya masih berjalan seperti biasa biarpun sedang hamil lima bulan.

Adira memberitahu, permulaan hamil anak kedua ini tidak jauh beza ketika dia dengan mengandung cahaya mata sulungnya, Anggerik, membuatkan dia tidak sedar dirinya sedang berbadan dua.



"Saya mula berasa sesuatu yang tidak kena apabila ramai menegur mengenai berat badan. Selepas membuat pemeriksaan rapi, baru saya sedar ketika itu, kandungan sudah mencecah tiga bulan.

"Alhamdulillah, saya tidak mengalami mual yang serius atau mengidam yang bukan-bukan. Rutin harian juga masih berjalan seperti biasa, cuma berat badan sudah naik beberapa kilogram.

"Cuma, kebelakangan ini, perubahan sudah mula nampak terutama pada bahagian muka," kata penyanyi 'Sembunyi' itu yang pada mulanya tidak berhasrat untuk berkongsi berita itu.

Adira bersedia membuka suara selepas suaminya itu mengumumkan berita gembira itu di media sosial.



"Jika diikutkan, saya belum sedia berkongsi kerana masih awal, namun suami terlebih dahulu mendedahkannya di media sosial. Mungkin kerana ramai yang bertanya kepadanya apabila kandungan saya sudah mula kelihatan," katanya.

Hasil perkahwinan itu, Datuk Red dan Adira menimang cahaya mata pertama diberi nama Anggerik pada 10 Mac 2017.

Manakala dengan isteri pertamanya, Sharifah Norshafila Hassim atau dikenali Datin Red, Datuk Red mempunyai empat orang cahaya mata.

Sebelum perkahwinan itu, beliau pernah berkahwin dengan seorang wanita ketika berusia 20-an dan berpisah lima tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu, Datuk Red dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia 19 dan 14 tahun.




www.myartis.com / Sumber: mStar & Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: