17 May 2018
"BARU SEDAR NAMA DIGAM SEJAK JANUARI" - FARID KAMIL
Gara-gara kelantangan bersuara mengenai kerajaan terdahulu, pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil mendedahkan namanya digam oleh pihak produksi.
Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari, 37, berkata dia tidak menerima tawaran dan masih menunggu bayaran penuh daripada beberapa produksi sejak awal Januari lalu.
"Saya baru sedar nama saya telah digam oleh pihak produksi sejak awal Januari lalu. Mereka tidak mahu mengambil saya bekerja.
"Sejak awal Januari lalu, nama saya kena tarik dan ada yang belum melangsaikan bayaran penuh kepada saya biarpun drama sudah habis ditayangkan.
"Alasannya sebab saya terlalu lantang bersuara mengenai kerajaan terdahulu dan kes mahkamah saya itu kira kesimbungan apa yang berlaku," katanya ketika ditemui ketika sesi pertemuaan anak-anak seni dengan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.
Klik untuk gambar besar
Dia antara selebriti tempatan yang menunjukan sokongan terbuka kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang ketika itu berpihak kepada parti pembangkang.
Pelakon drama bersiri 'Lafazkan Kalimah Cintamu' ini juga pernah menyuarakan pendangan mengenai kerajaan terdahulu iaitu Barisan Nasional di laman sosialnya.
Terdahulu, Farid mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan iaitu memasukkan dadah jenis THC (Tetra Hydrocannibol) iaitu dalam kumpulan ganja ke dalam badannya.
Farid juga didakwa dengan empat pertuduhan termasuk menampar seorang anggota polis trafik di Balai Polis Kota Damansara.
Dalam pada itu, Farid memberitahu dia tidak mempunyai tarikh sebenar dan masih menunggu giliran untuk melakukan pembedahan lutut kanannya.
"Saya tidak ada tarikh untuk kepastian bila boleh melakukan pembedahan lutut. Sebab kena ikut giliran. Buat masa ini, saya tidak boleh melakukan aktiviti lasak. Kalau berjalan pun kena perlahan-lahan," ujarnya.
Sebelum ini, Mahkamah Majistret Petaling Jaya diberitahu Farid bakal menjalani pembedahan lutut di sebuah hospital di ibu negara dalam masa terdekat.
Mahkamah membenarkan enam sebutan kes jenayah melibatkan aktor itu ditangguhkan sehingga 29 Jun depan bagi membolehkan dia kembali pulih selepas pembedahan itu.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment