17 May 2018

DAKWA SUAMI CURANG - DEJA MOSS SEDIA SOLO 23 MEI INI


Selain mendakwa perkahwinannya selama 10 tahun dengan Azfendy Azzuddin Ahmad berantakan selepas dia berjaya menghidu kecurangan suaminya, penyanyi Deja Moss berkata dia turut kecewa apabila pihak keluarga suaminya turut merahsiakan hal berkenaan.





"Punca sebenar perceraian saya adalah disebabkan kecurangan suami sejak 2013 lagi. Saya sangat sedih dan kecewa sebab rasa seperti diperbodohkan," kata Deja atau nama sebenarnya Sharifah Hadijah Wan Moss, 45.

Tambah Deja lagi, suaminya yang berumur 39 tahun itu sudah keluar rumah pada 27 September 2017 dan sejak dari itu mereka terputus hubungan.

Menurut Deja, Azfendy memberi alasan untuk memfailkan perceraian disebabkan mereka tidak mempunyai cahaya mata walaupun sudah 10 tahun berkahwin.

Klik untuk gambar besar


"Dia dah keluar rumah pada 27 September tahun lalu. Sejak itu, dia dah sekat saya di laman sosial dan telefon bagi membolehkan saya tidak dapat menghubunginya.

"Alasan yang diberi sebab nak cerai kerana kami tak ada anak walaupun dah kahwin hampir 10 tahun. Sebelum ini, saya pernah mencuba dan berusaha macam-macam untuk dapatkan zuriat.

"Tapi dia pernah berkata tak apa kalau tak ada anak. Sekarang lain pula jadinya," ujarnya yang berkahwin dengan Azfendy berkahwin pada 30 Ogos 2008.

Sebutan lafaz cerai mereka akan dilakukan pada 23 Mei ini di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.



Sementara itu, Deja mengakui bahawa dia bersedia untuk hidup solo apabila bakal bercerai dengan suami pada 23 Mei ini.

Deja berkata yang dia tidak pernah membayangkan perkahwinan dibina dengan suami hampir 10 tahun lalu lalu berakhir dengan perceraian.

"Saya tidak menjangka perkahwinan dibina bakal berakhir. Selama ini saya mengimpikan kehidupan yang indah dalam perkahwinan. Sebaliknya tidak berlaku kepada saya.



"Jadi, apabila mendapat notis untuk hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur awal April lalu, saya nekad meskipun sebelumnya sedia untuk hidup bermadu. Saya reda dengan ketentuan ini," tuturnya.

Berkongsi mengenai kehidupan sekarang, Deja yang popular dengan lagu Asmara Ini mengakui lebih tenang dan banyak mendekatkan diri kepada Allah SWT.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dan rasa lebih tenang selepas berdepan banyak perkara. Setiap malam saya menghadiri majlis ilmu di masjid.'

"Tidak dinafikan, kalau tidak ada ilmu susah nak berhujah. Jadi, saya gunakan kesempatan yang ada untuk menimba ilmu pengetahuan terutama ajaran agama Islam," jelasnya.


www.myartis.com / Sumber: mStar & Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: