18 May 2018
NAZIM OTHMAN SAHKAN SUDAH BERCERAI
Jika sebelum ini pelakon Nazim Othman menafikan gosip mengatakan rumah tangganya bersama Bella Dally sedang bermasalah, namun kini dia mengesahkan sudah bercerai dengan aktres itu.
Berita mengejut itu diumumkan sendiri oleh pelakon drama bersiri 'Monalisa' itu menerusi laman Instagram miliknya.
Nazim melalui statusnya itu juga turut menyatakan rasa terima kasih kepada peminat di atas doa mereka. Bagaimanapun, Nazim tidak menyatakan punca perpisahan.
Nampaknya kesejahteraan rumahtangga pasangan selebriti tersebut tidak bertahan apabila runtuh di tengah jalan.
Dalam masa sama, Bella menerusi laman Instagram menjelaskan yang dia dan Nazim sudah berusaha yang terbaik untuk menyelamatkan perkahwinan mereka tetapi gagal.
Klik untuk gambar besar
Bella mengucapkan terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan serta peminat yang sebelum ini tidak berhenti mendoakan yang terbaik buat mereka.
Untuk makluman, Nazim dan Bella sah bergelar suami isteri pada September 2016 dan belum dikurniakan cahaya mata. Difahamkan, pasangan ini bercerai pada awal bulan ini di Kota Kinabalu, Sabah.
Apa pun buat Nazim dan Bella, semoga tabah dan semoga bulan mulia ini memberi jalan terbaik buat kalian menghadapi dugaan di hari mendatang.
Tiada pasangan berkahwin yang ingin bercerai tetapi haruslah redha dengan ketentuan takdir, jodoh mereka sampai di sini sahaja.
www.myartis.com / Sumber: Nazim Othman IG & Bella Dally IG
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment