18 May 2018

'TUTUP' AURAT UQASHA - FIKRY ENGGAN TANGGUNG DOSA


"Buat apa saya nak tanggung dosa orang lain. Selagi boleh dielak, saya akan cuba elak. Kalau saya tak muat naik foto dia, takut nanti jadi salah faham.





"Jadi nak atau tak nak, saya terpaksa kaburkan rambut dia. Saya ada baca juga komen netizen yang mempertikaikan kenapa saya buat macam tu.

"Tak kisahlah mereka nak kata apa. Tapi selagi saya boleh elak, saya akan cuba," kata pelakon Fikry Ibrahim ketika yang memberitahu tujuan beliau menyunting foto Uqasha Senrose itu pada bahagian rambutnya sebelum di muatnaik ke akaun Instagramnya.

Fikry atau nama penuhnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 25, berkata dia enggan mengambil peduli kata-kata netizen mengenai tindakannya itu.

Klik untuk gambar besar


Tindakan Fikry memuatnaik foto promosi drama 'Rahsia Hati Perempuan' dengan menutup rambut Uqasha di Instagramnya itu mendapat pujian netizen.

Rata-rata netizen memuji sikap Fikry yang menjaga aurat pelakon wanita itu dan tidak menyebarkan dosa kepada orang lain.

Dalam masa sama, Fikry juga dianggap sebagai seorang lelaki yang sangat baik, prihatin dan menghormati kaum Hawa.



Dalam pada itu, pengacara program Gema Gegar Vaganza ini masih berpegang dengan prinsipnya tidak mahu melakonkan babak bersentuhan.

"Saya memang akan letak syarat tidak mahu melakonkan babak yang memerlukan saya bersentuhan dengan pelakon wanita. Tak kisah kalau pihak produksi atau pengarah tidak boleh terima tapi saya tetap dengan prinsip itu.

"Saya akui ada drama saya berpegang tangan tapi ia salah faham pihak pengurusan saya yang terlupa nak beritahu perkara itu kepada pengarah," ujarnya.










www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: