18 May 2018
HUBUNGAN FARID, DIANA - YANA SAMSUDIN GEMBIRA KEMBALI HARMONI
"Sebagai adik ipar, saya akui gembira melihat hubungan mereka. Saya harap kebahagiaan yang mereka kecapi lebih telus dan kekal hingga hujung nyawa," demikian kata pelakon dan pengacara Yana Samsudin.
Isteri kepada Fadzil Zahari ini tumpang gembira apabila melihat hubungan abang iparnya, pelakon Datuk Farid Kamil dan isteri, aktres Datin Diana Danielle dalam keadaan harmoni.
Sebelum ini, timbul desas desus mengenai status hubungan Farid dan Diana tatkala aktor dihambat kontroversi pada Januari lalu namun perkara terbabit dinafikan oleh Farid.
Pelakon filem 'Adnan Sempit' ini berkata, ia mungkin hikmah di sebalik kejadian malang yang menimpa aktor itu beberapa bulan lalu.
Klik untuk gambar besar
"Selain itu, apabila melihat dugaan yang ditempuhi oleh Farid pada awal tahun ini, ia membuatkan saya terfikir. Tempoh perkenalan saya dan Farid sudah lama, sudah pasti saya tidak mempercayai dakwaan tersebut.
"Tetapi saya percaya, mungkin ada hikmah atas segala apa yang terjadi. Sekarang, semuanya baik-baik sahaja. Alhamdulillah," tuturnya yang berkahwin dengan adik Farid pada 13 Februari 2015.
Yana menambah, sebagai salah seorang ahli keluarga, dia sentiasa menyokong semua tindakan yang diambil pelakon berkenaan.
"Saya sokong daripada bahagian keluarga. Apa yang berlaku ini bukan memberi kesan kepada dia sahaja, malah satu keluarga
"Tapi ia mungkin jalan yang sudah tertulis. Allah ingin tunjuk dia jalan yang lain dan lebih baik. Semuanya sekarang sudah jadi harmoni," ujarnya.
Pada Januari lalu, Farid ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perlakuan yang menyebabkan kecederaan.
Selain itu, Farid juga direman mengikut Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
gambar menarik
No comments:
Post a Comment