19 May 2018
ISU CERAI - NAZIM MINTA RUANG KELUARKAN KENYATAAN LANJUT
Semua sedia maklum mengenai berita mengejutkan yang diumum oleh pelakon Nazim Othman berhubung rumah tangganya bersama Bella Dally yang sudah berakhir dan tidak dapat diselamatkan lagi.
Nazim, 34, ketika dihubungi bertanya berkenaan penceraiannya itu berkata, dia tidak mahu komen apa-apa lagi kerana dirinya masih terganggu.
Pelakon drama bersiri 'Monalisa' ini memberitahu akan mengeluarkan kenyataan lanjut apabila semuanya kembali tenang.
"Saya tak nak komen apa-apa lagi. Saya masih terganggu. Saya minta sedikit ruang. Apabila semuanya sudah tenang saya akan keluarkan kenyataan," ujar Nazim.
Klik untuk gambar besar
Semalam menerusi akaun Instagram miliknya Nazim dengan berat hati mengesahkan berita perceraian dengan Bella selepas tidak mampu menyimpan rahsia daripada orang sekeliling.
Bagaimanapun, Nazim tidak memaklumkan tarikh dan punca perceraian dengan Bella yang dikahwini pada 10 September 2016. Pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata.
Sementara itu, sehari selepas pengumuman cerai tersebut, Nazim memuatnaik bait-bait lagu berjudul 'Thing I Can't Do For You' oleh Park Hyo Shin yang dinyanyikan oleh salah seorang peserta program 'I Can See Your Voice'.
Nyanyian syahdu peserta perubatan itu yang dikongsi Nazim turut menggambarkan perasaannya ketika ini.
Lirik tersebut berbunyi: "If we just erased what happened today, nothing has changed between us because I won't make you tired anymore. (Jika kita dapat padam apa yang terjadi hari ini, tiada ada apa yang akan berubah di antara kita kerana aku tidak mahu buat kamu letih lagi)".
Dalam perkembangan sama, Bella berkongsi gambar terbaharunya dengan kapsyen memberitahu dia akan berada di Singapura bagi menjayakan CelebFest Ramadhan 2018.
Ruang komen aktres itu dipenuhi dengan kata-kata semangat agar dia tabah mengharungi perpisahan dengan Nazim dan tidak kurang juga ada yang berharap agar pasangan itu kembali rujuk.
www.myartis.com / Sumber: Harian Metro & mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment