07 May 2018

AKUI SERIK BERCINTA - KAER PILIH NIKAH TERUS


"Kami putus disebabkan cinta jarak jauh. Buang masa sahaja bercinta selama tujuh tahun dan akhirnya tidak ke mana-mana pun. Kali ini jika bertemu wanita yang saya suka, mahu terus kahwin dan tidak perlu nak bercinta lagi," kata bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-2 (AF2), Kaer Azami yang kini lebih berhati-hati untuk bercinta buat kali kedua.





Meskipun lama berada di perantauan, namun hingga kini Kaer atau nama Wan Mohammad Khair Wan Azami masih belum mempunyai teman istimewa. Ditanya mengenai ciri-ciri wanita idamannya, Kaer berkata yang dia suka wanita pandai masak terutama masakan Negeri Sembilan, 'otak bisnes' dan wanita moden yang ada pegangan agama.

"Saya suka wanita yang pandai masak terutamanya masakan Negeri Sembilan kerana saya suka makan di rumah. Tambahan pula saya begitu cerewet tentang bab-bab makanan ini. Kalau wanita itu bekerjaya dan 'otak bisnes' macam saya lagi saya suka.

"Pada saya setiap wanita kena ada impian tersendiri walaupun mereka sudah berkeluarga. Jika isteri saya mempunyai impiannya nanti, saya tidak akan sekat dirinya daripada mempunyai impian sendiri.

"Saya ini seorang lelaki yang pentingkan kesempurnaan dalam hidup. Apa sahaja yang saya lakukan saya sangat teratur melakukannya. Wanita idaman saya itu biarlah wanita moden yang ada pegangan agama.

Klik untuk gambar besar


"Kalau dapat dia juga minat dengan apa yang saya lakukan selama ini. Itulah sokongan moral yang saya harapkan daripada seorang teman wanita dan isteri yang dapat dijadikan tunjang kebahagiaan dan kejayaan saya," ujarnya lagi.

Mengakui yang dia agak rumit untuk difahami, ada kala dia sendiri tidak suka diganggu sekiranya sedang bekerja. Ditambah dengan kesibukan tugas seharian, Kaer memerlukan masa untuk bersendirian.

Dia mahukan wanita yang lebih terbuka pemikiran dan tidak cemburu memandangkan tugas sehariannya bertemu dengan ramai orang.

"Buat masa ini saya tidak pernah letakkan sasaran untuk berkahwin pada usia berapa. Saya hanya berserah pada Allah. Kalau dah sampai waktunya bertemu jodoh yang sesuai saya akan terima dengan hati yang terbuka.

"Buat masa ini saya tidak pernah letakkan sasaran untuk berkahwin pada usia berapa. Saya hanya berserah pada Allah. Kalau dah sampai waktunya bertemu jodoh yang sesuai saya akan terima dengan hati yang terbuka," tuturnya.



Demi menambah ilmu, Kaer Azami sanggup meninggalkan Malaysia bagi mengikuti pengajian jurusan Ijazah Perniagaan di Universiti Lasalle, Jakarta selama empat tahun.

Pemergiannya pula sewaktu namanya tengah berada di puncak kejayaan. Mungkin itu kerugian bagi sesetengah pihak, namun tidak sebegitu bagi penyanyi lagu 'Izinku Pergi' ini yang tidak pernah menyesal dengan keputusannya itu.

Malah sewaktu Anugerah Juara Lagu ke-22 (AJL22) dan Anugerah Industri Muzik (AIM) pun, Kaer tidak dapat balik disebabkan terikat dengan peperiksaan akhir semester empatnya. Mungkin sudah tersurat rezeki buat Kaer, lagu Izinkan Ku Pergi diangkat sebagai Lagu Terbaik AJL22.

"Saya tidak pernah menyesal dengan keputusan melanjutkan pelajaran sewaktu nama di puncak. Saya menceburi bidang seni bukan kerana mengejar populariti, pengalaman belajar di sana banyak mematangkan untuk menjadi insan yang lebih bertanggungjawab.

"Habis saja belajar, saya teruskan pengajian dalam bidang Rekaan Grafik pula. Selepas itu saya bekerja dengan syarikat swasta di Jakarta, selain buat bisnes secara kecil-kecilan iaitu pakaian siap untuk lelaki.



"Selepas belajar saya kena praktikkan apa yang saya pelajari selama ini, itu sebabnya saya ambil masa yang lama untuk menetap di Indonesia," kata anak kedua daripada empat adik-beradik ini.

Kaer bertuah, sepanjang berada di Indonesia ada juga pihak yang berminat untuk mengambilnya sebagai pasangan duet dan sebagai pelakon drama sinetron. Namun tawaran tersebut ditolaknya kerana dia ingin memberi sepenuh tumpuan terhadap pelajarannya.

"Saya pernah ditawarkan untuk berlakon drama serta merakamkan album bersama penyanyi Indonesia, Alika Islamadina, tetapi ditolak kerana mahu beri sepenuh perhatian terhadap pengajian.

"Manakala drama sinetron pula saya tolak kerana takut terlupa skrip ketika berlakon," jelasnya yang pernah membintangi drama arahan Rashid Sibir bertajuk 'Akademi 2005'.

Lelaki berusia 33 tahun ini kini menetap bersama keluarganya di Shah Alam. Tambahan pula ibunya, Kharidah Abdul Kadir, 62, kurang sihat, pastinya tumpuan harus diberikan kepada wanita berkenaan selain menguruskan perniagaan keluarga.


www.myartis.com / Sumber: Utusan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: