07 May 2018

"IKUT KESESUAIAN & MOOD" - TASHA SHILA TETAP BERPAKAIAN SEKSI


Menjelaskan dia tidak dapat berbuat apa-apa apabila masyarakat melabelnya sebagai simbol seks hanya kerana pemakaiannya yang mencolok mata, pelakon Tasha Shilla, 31, berkata, dia tidak dapat menghalang cakap-cakap negatif tentang dirinya malah sudah terbiasa dengan situasi itu.





"Mulut orang saya tak boleh nak tutup daripada bercakap perkara buruk tentang saya dan saya perlu terima akan situasi itu. Bukan semua orang sukakan saya...

"Apa yang boleh saya lakukan adalah tidak hiraukan apa juga yang orang hendak kata dan lebih baik saya fokus kepada matlamat saya dalam bidang seni. Perkara remeh-temeh seperti ini tidak lagi menarik perhatian saya kerana ada perkara lebih penting untuk saya fikir," katanya.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Tasha mengakui dia masih berpenampilan seksi kerana ia adalah dirinya yang sebenar. Bagaimanapun kata Tasha menyifatkan pemakaiannya bersesuaian dengan majlis dan tempat yang dihadiri.

"Saya masih lagi berpakaian seksi... saya tetap diri saya dan kalau saya hendak pakai skirt, saya akan pakai. Namun tidaklah sampai tak kena tempat hendak seksi dan apa yang saya gayakan ikut kesesuaian dan 'mood'," ujarnya.

Bukan mudah untuk menjadi seorang selebriti kerana selebriti akan sentiasa menjadi perhatian di mata masyarakat. Namun bagi Tasha, dia komited dan fokus dalam mendapatkan apa yang diimpikannya dan dalam masa yang sama tidak menghiraukan mulut-mulut negatif di luar sana.








www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: