Sebelum ini, pelakon yang berasal dari Singapura dan kini sudah menjadi rakyat Malaysia, Adi Putra secara terbuka menyatakan sokongan serta memilih parti Barisan Nasional.

Namun begitu, Adi telah dikritik teruk dan dilabelkan sebagai artis 'lalang' dalam politik kerana tiba-tiba beralih arah dan memuatnaik foto Tun Mahathir selepas Pakatan Harapan sah menjadi barisan kepimpinan baru negara.
Rata-rata netizen berang dengan Adi dan ada juga yang meminta kerajaan untuk menyiasat bagaimana pelakon 'KL Gangster 2' itu boleh memiliki kad pengenalan Malaysia.
Klik untuk gambar besar

Setelah dihimpit pelbagai kecaman dan tidak sekali melatah serta membalas sebarang tomahan netizen, Adi dalam muatnaik terbaru beliau di Instagram berkongsi foto beliau sedang berdoa di Masjid Nabawi.
Beliau mendoakan agar rakyat Malaysia diberkati dan turut memberitahu dirinya akan terus berjuang demi bangsa,agama dan negara meskipun dilempar dengan pelbagai tuduhan.
Biasalah, memang sekarang ramai artis yang menerima gelaran 'lalang' gara-gara menzahirkan sokongan mereka kepada kerajaan baharu. Bersabarlah sahajalah Adi, isu ini memang sedang hangat tetapi satu hari nanti ia akan reda jua.







www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara & Adi Putra IG
________________________

No comments:
Post a Comment