16 May 2018

"SEKARANG BOLEH KETAWA, NANTI ALLAH BALAS" - ZIANA ZAIN


Hampir dua bulan lalu, penyanyi Ziana Zain menerima pelbagai kritikan selepas kes suaminya, Armin Zaharin yang ditahan polis atas dakwaan mencederakan anaknya.





Ada juga beberapa pihak yang mempertikaikan mengapa Ziana sebagai seorang isteri sanggup membuat laporan polis terhadap suami sendiri?

Setelah lama berdiam diri, Ziana akhirnya tampil membuka mulut mengenai apa yang terjadi dan menceritakan kisah sebenar yang terjadi dalam rumahtanggnya.

Dalam sebuah sidang media khas, Ziana memberitahu dia tidak dapat menahan sabar dengan sikap suaminya yang kononnya ingin 'mengajar' anak sehingga mendatangkan kecederaaan pada anak-anaknya.

Ziana mendedahkan suaminya itu sering memukul anak-anak dengan teruk sekali sehingga menyebabkan lebam serta 'pecah' di bahagian badan.

Dengan penuh hiba Ziana memberitahu, anak kembarnya Muhammad Ariel yang ketika itu berusia 3 tahun pernah dicilikan kemaluan dan duburnya oleh Armin.

Klik untuk gambar besar


Bukan itu saja, Ziana mendedahkan suaminya juga pernah mengambil dadah dan kes anak-anaknya dicederakan adalah faktor utama mengapa dia ingin memfailkan perceraian.

Ziana turut mengaku dia sudah tidak tahan dengan sikap Armin yang panas baran dan cukup mengenali siapa Armin sebenarnya selepas tinggal bersama selama 20 tahun.

Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Madah Berhelah' itu tetap mahu meneruskan proses perceraian dengan Armin walaupun suaminya itu menggunakan anak-anak sebagai alasan untuk melambatkan proses tersebut.

Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 50, berkata, dia tidak melihat sebarang jalan perdamaian di antara mereka dan merasakan perceraian adalah yang terbaik buat mereka berdua.

"Saya tetap dengan keputusan untuk bercerai walaupun dia gunakan anak-anak tetapi kita tengok macam mana nanti. Saya tetap dengan pendirian saya dan melihat ini (perceraian) adalah jalan terbaik," katanya.



Pada Selasa, Mahkamah Rendah Syariah memerintahkan sebuah Jawatankuasa Pendamai ditubuhkan bagi membolehkan pasangan itu berbincang mengenai kemelut rumah tangga mereka.

Hakim Syarie, Mohd Nizar Mokhtar membuat keputusan itu selepas Armin atau penuhnya Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, meletakkan syarat untuk bertemu dengan anak-anaknya jika ingin bercerai. Kes itu akan disebut semula pada 28 Jun depan.

Dalam pada itu, Ziana berkata, dia tidak akan menghalang Armin untuk bertemu dengan mereka namun selepas kes jenayahnya selesai.

Kata Ziana, sebagai seorang ibu dia juga faham Armin turut mempunyai hak terhadap anak-anak mereka dan tidak akan menyekat atau memutuskan silaturahim di antara anak dan bapa.

"Sekarang saya ikut apa laporan dibuat kepada polis dan polis beritahu anak-anak adalah saksi kejadian. Sehingga selesai kes mahkamah, kalau dia hendak jumpa anak saya akan benarkan sebab saya bukannya zalim, sebab saya faham itu pun anak dia.



"Dalam Islam pun kita tak boleh putuskan hubungan dengan ibu-bapa, anak-anak dengan ibu bapa tetapi kadang-kadang kes begini kita kena akur dengan undang-undang," jelasnya.

Mengulas mengenai kes jenayah melibatkan Armin yang dipinda, Ziana berkata, dia menyerahkan perkara itu kepada undang-undang menentukan apa juga keputusannya.

Bagaimanapun kata Ziana, apa juga keputusan itu nanti dia yakin Armin tetap akan menerima balasan daripada Tuhan atas perbuatannya.

"Sekarang kau boleh ketawa, tapi kau tahulah nasib kau nanti Allah balas! Mungkin tak di dunia... di akhirat. Amin. Apa-apa pun kita ikut prosedur, kita terima dan akur sahaja," katanya.

Dalam kejadian berasingan, Mahkamah Majistret, meminda pertuduhan jenayah terhadap Armin yang didakwa mendatangkan kecederaan terhadap anaknya dipinda kali kedua di hadapan Majistret, Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.



Mengikut pindaan itu, Armin didakwa mendatangkan kecederaan terhadap salah seorang anaknya dengan menggunakan rotan sehingga menyebabkan luka dan lebam pada tangan mangsa dalam kejadian yang didakwa berlaku di kediaman mereka di Denai Alam, di sini.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 232 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan itu dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharih Afendi. Armin bagaimanapun mengekalkan pendirian tidak bersalah dan kes itu akan disebut semula pada 28 Mei ini.

Ziana dan Armin bernikah pada 9 Mei 1998 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Perkahwinan mereka mencatat sejarah tersendiri kerana ia diadakan secara terbuka dengan kehadiran ribuan peminat yang ingin menyaksikan detik istimewa itu selain ia disiarkan secara langsung menerusi TV3.








www.myartis.com / Sumber: mStar & Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: