08 May 2018

DUNIA SENI - IZREEN AKUI PEMINAT TERCARI-CARI


Pelakon Izreen Azminda dilihat semakin jarang muncul di kaca televisyen dan memuatnaik aktiviti-aktiviti berkaitan profesionnya sebagai pelakon dan duta produk, sejak dirinya terbabit dengan kontroversi hangat akhir tahun lepas.





Setelah memilih menjadi isteri kedua pemuzik Ude Wahid, 30, dalam satu perkahwinan rahsia, Izreen dituduh menjadi punca tindakan Ude memfailkan perceraian terhadap isteri pertamanya, Intan Liana Saleh setelah wanita itu mengetahui suaminya telah mengahwini Izreen secara senyap.

Tindakan Ude dan Izreen dianggap kejam oleh sesetengah netizen yang seterusnya memberi amaran untuk memboikot Izreen sebagai pelakon dan duta produk.

Klik untuk gambar besar


Susulan itu, terdapat tawaran sebagai duta produk yang ditarik balik malah ada yang menghentikan semua kempen promosi menggunakan Izreen Azminda.

Namun begitu, Izreen menerusi Media Hiburan mengakui ada peminat yang tercari-cari dirinya dalam dunia seni.

"Ada, ramai yang DM tanya bila nak muncul balik di kaca TV. Ada juga yang saya sempat reply terangkan pada mereka. Saya terangkan, ‘InsyaALLAH kalau tiada apa-apa nampaklah Izreen di kaca TV," ujarnya.



"Alhamdulillah, sekarang tawaran-tawaran sudah kembali. Mungkin dulu masa keadaan tengah panas itu yang ada kena tarik. Tapi sekarang, isu pun dah reda. Pihak masing-masing dah move on. Saya percaya dengan rezeki ALLAH SWT.

"Saya tahu saya berada di tempat mana, situasi apa, apa yang dah saya lakukan jadi tidak perlulah isu berbangkit ini diperbesarkan atau diperkatakan lagi. Kita doakan yang baik-baik sahaja," tuturnya.

Izreen bagaimanapun sehingga kini masih mematikan fungsi komen di laman Instagramnya.








www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: