08 May 2018

"LUCU DIKATA MANGSA FESYEN, ORANG TAK FAHAM" - NEELOFA


"Terus terang saya katakan, saya suka persalinan itu. Pernahkah saya peduli dengan apa orang cakap? Kritikan mereka tidak sedikitpun menjejaskan saya. Ini bukan kali pertama saya dikutuk, malah sudah lali.





"Saya bangga memperagakan persalinan itu dan rasa lucu bila ada yang cakap, saya menjadi mangsa fesyen. Tahun ini, aliran fesyen lebih tertumpu kepada konsep 'cover up'.

"Orang tidak faham dan mereka hanya tahu mengecam," kata pelakon dan pengacara Noor Neelofa, 29, yang tidak kisah cakap-cakap orang mengenai penampilannya yang mengenakan baju besar berwarna oren, 'pouch bag’ besar di pinggang dan dipadankan pula dengan turban.

Klik untuk gambar besar


Mengakui sudah lali dengan kritikan dan komen negatif netizen, Neelofa memberitahu yang dia terharu apabila dirinya menjadi pilihan sebuah label terkemuka untuk menata gayanya ketika menghadiri sebuah acara fesyen, baru-baru ini.

Bagi seorang yang sentiasa mengikuti perkembangan dunia fesyen, Neelofa berkata, fesyen sebegitu kini sedang hangat di negara Eropah.



Jelas usahawan berjaya itu, mungkin kurang pengetahuan dari dunia fesyen menyebabkan orang ramai mengecamnya.

"Sebagai seorang yang sentiasa didedahkan dengan fesyen yang menutup ini, patut berasa bangga. Saya tidak salahkan mereka, cuma mungkin mereka kurang arif kerana fesyen itu sangat subjektif," jelasnya yang tidak kisah digelar terdesak ingin menjadi 'Fashion Trendsetter'.

Penampilan Neelofa pada sebuah acara fesyen itu mendapat kritikan hebat, hingga digelarkan tuala mandi, nenek ke sawah, watak anime Jepun, Naruto dan bermacam lagi. Memang susah nak puaskan hati semua pihak ya.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: