31 May 2018
ENGGAN AMBIL RISIKO - ISMAIL IZZANI TANGGUH PEMBEDAHAN TONSIL
Mengakui masih belum terfikir untuk melakukan pembedahan sakit tonsil yang dialami sejak kecil lagi, penyanyi Ismail Izzani, 18, berkata yang dia tidak mahu mengambil sebarang risiko jika melakukan pembedah pada masa terdekat ini.
"Saya mengalami masalah sakit tonsil ini sejak kecil lagi tetapi paling teruk saya kena Oktober tahun lalu dan ditahan dalam wad selama dua minggu.
"Doktor ada beri nasihat untuk lakukan pembedahan namun saya masih mahu cuba menjalani rawatan biasa dahulu.
Klik untuk gambar besar
"Jika saya lakukan pembedahan kemungkinan saya kena rehat daripada menyanyi selama enam bulan selain suara berubah.
"Jadi saya fikir sekarang bukan masa yang sesuai dan mama pun tidak paksa untuk buat pembedahan," kata penyanyi yang popular menerusi lagu 'Sabar'.
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment