31 May 2018
MESEJ 'BERDAMAI' FAYE KUSAIRI DITUJUKAN KEPADA SIAPA?
Menerusi laman Instagram, pelakon Faye Kusairi telah memuatnaik gambar berserta kapsyen berkaitan dengan 'berdamai'.
Mungkinkah Faye ingin 'berdamai' dengan seseorang? Ini kerana bait-bait kata itu seolah-olah mempunyai maksud tersurat dan tersirat.
"Pernah tak korang rasa risau kalau orang pertikaikan keikhlasan kita, ataupun niat kita? Mestilah pernah kan..? Hehe.. Takpa... Yang penting, janganlah kita lari dari landasan yg betul. Maknanya, teguhkan pendirian bila melakukan sesuatu perkara.
Klik untuk gambar besar
"Tapi make sure lah perkara tu membawa ke arah kebaikan. Sudah menjadi kebiasaan kalau orang lain hanya nampak keburukan kita.. yelah, kita ni manusia. Cepat sangat menghukum.. tapi ingat, jangan sampai memfitnah. Itu salah disisi agama mahupun akhlak.
"Anyway, arini perkongsian Faye tentang berdamai. Tiada yg lagi harmoni bila kita berdamai. Betul tak? Tak kesahlah dengan orang ke, masa lampau ke, kita sendiri ke.. berdamailah. Kalau omputeh kata, "closure". Senang je bunyinya kan.. berdamai je lah.. kan senang?
"Hmmm... tapi realitinya, amatlah sukar utk dilakukan. I think the key to this is just simply jangan sematkan hati dgn perkara yg negatif. Kalau nak berdamai dgn apa2 atau sesiapa skalipun, kenalah ajar hati utk tidak berdendam.
"Menghukum adalah kerja Allah SWT. Hanya Dia berhak keatas balasan dosa ataupun ganjaran pahala setiap manusia. Doa doakanlah kedamaian kita semua agar kita boleh hidup lebih harmoni dan dirahmati.
"InshaAllah.. Sis cube. ❤ My shawl is from @ashakarim_ Selamat berpuasa! #FayeBerkongsi #goodvibesonly," tulis Faye di IGnya.
Apa-apapun, kami harap semua urusan Faye dipermudahkan. Bulan baik dan penuh berkat ini, apa kata kita perbanyakkan ibadah dan kurangkan perkara negatif.
www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan & Faye Kusairi IG
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment