31 May 2018

"SAHUR ATAU BERBUKA, BABY COT KAT SEBELAH" - JEP SEPAHTU


"Dapat anak ini, satu perasaan yang susah untuk saya gambarkan buat masa sekarang, satu perasaan baru dan rasa bersyukur.





"Sekarang ini, apa-apa adalah anak. Dia keutamaan. Dulu selalu dengan orang cakap bila dapat anak, itu ini tapi bila diri sendiri dan mengalaminya, barulah saya faham.

"Macam sekarang pun, kalau keluar lepak dengan kawan mesti nak balik cepat sebab nak tengok anak. Banyak masa terluang pun dengan anak juga," kata Jep Sepahtu, 33, yang berkongsi pengalamannya bergelar bapa.

Sejak bergelar bapa, nama Jep seakan pelahan sedikit berbanding sebelum ini. Malah gambar-gambarnya di Instagram juga sudah jarang dimuatnaik selain wajah anak kesayangannya, Dariya Inara.

Penyampai radio dan pelawak popular ini ketika ditanya khabar dan update terkininya, mengakui setelah bergelar seorang bapa, hidupnya kini berubah.

Klik untuk gambar besar


Kata Jep, keutamaannya kini adalah kepada anak dan banyak rutin hariannya berubah dengan kehadiran cahaya mata pertama hasil perkahwinannya dengan pelakon Sari Yanti.

Dalam pada itu, Jep turut berkongsi pengalaman berpuasa dengan kehadiran puteri sulung itu yang selamat dilahirkan pada 25 April lalu.

"Tak ada banyak beza pun puasa kali ini cuma sekarang waktu sahur atau berbuka, mesti ada 'baby cot' kat sebelah. Kalau tengah makan, bunyi sikit je... cepat-cepat akan tengok," tuturnya lagi dengan nada bergurau.

Untuk makluman, Jep dan isterinya itu berkahwin pada 25 Februari tahun lalu. Sari sebelum ini telah dikurniakan dua anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu.














www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: