01 June 2018

KONGSI REZEKI RM300K - ALIFF SYUKRI DIPUJI


Setiap apa yang dilakukan jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri kebiasaannya akan dikecam kerana netizen menyampah dengan sikapnya yang suka menunjuk.





Tapi ramai yang tidak tahu sisi baik Aliff Syukri yang sentiasa membantu orang susah dan baru-baru ini, pengasas produk D'Herbs itu memuatnaik video memperlihatkan beliau memberikan sumbangan makanan dan wang tunai kepada mereka yang memerlukan.

Menerusi video tersebut, Aliff memberitahu setiap tahun dia akan memberikan zakat berbentuk makanan, sumbangan Hari Raya dan wang tunai bernilai RM300,000.

Katanya lagi, rezeki tersebut adalah berkat sokongan orang ramai yang membeli produk keluarannya dan anda jugalah penyumbang kepada mereka yang memerlukan.

Klik untuk gambar besar


Rata-rata netizen memuji sikap Aliff yang sentiasa membantu meringankan beban mereka yang memerlukan dan ramai mendoakan agar Aliff sekeluarga dimurahkan rezeki.

Ada juga netizen meminta agar Aliff Syukri turut menghulurkan derma ke Tabung Harapan Malaysia dan membantu kerajaan baharu.

Apa-apapun, baguslah berkongsi rezeki pada yang memerlukan dan diharap lebih ramai insan seperti Aliff Syukri.












www.myartis.com / Sumber: Oh My Media


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: